komponen


Infrastruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).

 

Infrastruktur penting untuk membangunkan sistem teknologi maklumat (di sesebuah organisasi macam sekolah) dan melicinkan penggunaannya sewaktu proses pembelajaran berlaku. Kadang-kadang pembangunannya hanya bagus pada permulaannya tapi untuk maintain tu yang susah.

Advertisements

Infrastruktur e pembelajaran

                               

Infrastruktur E-Learning  berupa PC, jaringan komputer, internet dan perlengkapan multimedia/cd pembelajaran interaktif. Termasuk didalamnya peralatan teleconference apabila kita memberikan layanan synchronous learning melalui teleconference.

Memang menarik sangat apa yang dipelajari dalam kelas ini , mata terbuka sikit tentang teknologi terkini. Orang ” lama ” pun perlu belajar….

Pedagogic e learning


Melalui teori e-pembelajaran murid dapat menyusun dan mengatur pengetahuan yang diperoleh dengan lebih baik berdasarkan peluang pembelajaran yang menggalakkan kolaboratif dan interaktif (Zahiah & Abdul Razaq 2010).

Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar. Pembelajaran kolaboratif melalui e-pembelajaran menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih meluas melalui komuniti dalam talian seperti group chatting yang diasaskan oleh sistem pengurusan pembelajaran yang dikenali sebagai Moodle (Tang Jun Chin 2006). Oleh yang demikian, pembelajaran kolaboratif ini meningkatkan kemahiran komunikasi murid selain menggalakkan penguasaan murid mengikut tahap masing-masing. Ia juga menyediakan murid dengan pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.

E-Pembelajaran juga menggalakkan murid membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman yang dialami. Tambahan pula sesuatu pengetahuan yang diperoleh akan lebih diingati melalui kaedah visual.

Apliasi ICT bermula dengan teknologi bercetak untuk modul, teknologi audio dan video,talian telefon, telesidang audio dan video, serta kemudahan internet seperti e mail. aplikasi terkini adalah melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran, Sistem Pembelajaran Beradun, memudahkan ICT diaplikasikan dalam ICT melalui penggunaan rangkaian elektronik seperti WAN, LAN, internet dan intranetuntuk penyampaian isi kandungan, berinteraksi atau pemudahcaraan. Menurut Hasmawati dan fatimah (2007) antara tujuan e portal adalah untuk membantu pelajar:
1. Mengakses bahan dan soalan tugasan
2. Mendapatkan bahan tambahan kepada perbincangan sidang video secara atas talian
3. Berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekursus
4. Mendapatkan maklumat seperti tarikh sidang video atau peperiksaan
5. Mengakses kertas soalan tahun lepas
6. Mendapatkan motivasi dan petua kemahiran belajar dan sebagainya.

Haji 148 hijrah.. 2017 masehi

Alhamdulillah.. landed safely at KLIA on 12th September 2017. Tiba dari jeddah, sarat dengan kenangan 49 hari di tanah suci Madinah dan Mekah.

Perjalanan haji yang bercampur-campur detik suka duka sewaktu di sana. Namun Allah jua yang menilai kita. Harapan haji mabrur tak pernah padam dari ingatan.

9 hari di madinah.. berulang sembahyang 5 waktu sehari di masjid nabawi, memberi peluang berjumpa dengan 1001 jenis manusia. Hotel2 di sana berdekatan dengan masjid dan setiap hotel tiada surau sementelahan

tidak ada keperluan untuk itu kerana semua akan ke masjid. Jika ada yang uzur pun seorang dua yang hanya cukup di bilik masing-masing.

Cuaca agak panas membahang di sana.. Shopping pun sewaktu dalam perjalanan balik dari masjid. Airport madinah agak selesa dan besar setiba di sana.. Kebetulan hotel alharam yang didiami ada kedai di tingkat bawah hotel menjadikan setiap kali balik dari masjid.. dapat terus mencuci mata hihi…

Journey to Tokyo

18hb mei 2017.. kapal terbang mendarat pukul 10 malam waktu Tokyo. Kami sampai dan terus naik train ke homestay untuk menunggu waktu siang. Sewaktu dalam train ramai orang jepun yang juga silih berganti masuk train. Gaya mereka seperti baru pulang kerja. Sorang sorang aku perhatikan geli hati pun ada, watak2 yg selama ini ada dalam cerita detektif conan dan doraemon  ada dalam train tersebut. Memang saling tak tumpah dengan apa yg selama ini aku bygkan . 

19 mei 2017 ..Subuh pukul 3 pagi terus mandi dn bersiap naik train  ke hotel yang lebih selesa. Kemudian, naik train lagi ke shopping mall yang berdekatan. Lenguh kaki berjalan rasa ngantuk dan penat memaksa kami bergerak balik ke hotel untuk melepaskan lelah.. takpe.. ada lagi 7 hari di sini…

Hari ini Maya termenung di birai katil. Sedih bila mengenangkan kehidupan. Di mana penghujung… bagaimana akan diakhiri masih lagi jadi misteri.. Kehidupan ini hanya sementara, akan ada yang lebih pasti. Prestasi setakat ini juga masih kabur… pencapaian mungkin hanya setakat biasa2 atau mungkin juga gagal.. juga masih misteri.
Maya terkenangkan anak2 yang masih mengharapkan ibu bapa dan mungkin juga masih tak mampu berdikari.. Namun itu lumrah dunia, sesetengahnya ditinggalkan masih lagi dalam keadaan merah bayi namun pasti juga telah tertulis perjalanan yang akan dilalui…
Maya menarik nafas panjang mengerling pada sang suami.. Padanya suami tiada masalah.. bila2 boleh saja dia mencari pengganti. Hidup suami mungkin juga lebih indah jika mendapat suri baru yang lebih sihat, bertenaga dan berseri.Tiba-tiba hati jadi lebih hiba… adakah anak2 akan terbela?
Sekali lagi jawapannya berserah pada Yang Lebih Mengetahui…